Thursday 30 June 2016

Lelaki dan Video Games


Entah mengapa, lelaki dan video games seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Rasanya, seperti tidak sah jika seorang lelaki itu tidak bermain video games. Terdapat bermacam-macam jenis video games yang suka dimainkan oleh lelaki. Antara yang popular adalah seperti FIFA/PES, Counter Strike, DOTA dan lain-lain lagi.

Agak-agaknya, mengapa kaum lelaki ini suka sangat bermain video games? Apakah yang telah menyebabkan mereka begitu seronok bermain video games ini berjam-jam lamanya? Disini aku kongsikan 5 sebab mengapa lelaki suka bermain video games.


1. Menghilangkan tekanan

Antara sebab yang popular mengapa lelaki bermain video games, ialah untuk menghilangkan tekanan atau release tension. Setelah seharian penat belajar kepada student atau kerja kepada yang bekerja, dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan, maka tekanan belajar atau kerja dapat dilepaskan apabila bermain video games. Hiburan-hiburan yang wujud dalam setiap video games dapat mengembalikan keceriaan dan keseronokan kepada kaum lelaki yang akhirnya membantu menghilangkan tekanan.


2. Meningkatkan keyakinan diri

Video games turut membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Terutama sekali games yang berunsurkan strategi ataupun penyelesaian masalah. Apabila sesuatu masalah di dalam games dapat diselesaikan menggunakan kretiviti pemain, di situ ia mampu menambah keyakinan dalam diri pemain. Selain itu, keyakinan juga boleh bertambah apabila bermain video games secara multiplayer di mana kita mampu mengalahkan pemain-pemain video games yang lain.


3. Mengeratkan silaturrahim

Yup, memang benar. Bermain video games dapat mengeratkan silaturrahim terutama sesama lelaki. Antara game yang sesuai untuk menjalin hubungan yang lebih rapat ialah game yang dapat dimainkan secara berdua seperti FIFA/PES. Game seperti FIFA /PES dapat dimainkan lebih daripada dua orang apabila bermain mod pertandingan. Di sini kita akan dapat lihat kaum lelaki berkumpul dan bersosial seperti sedang mengadakan menyuarat tingkap padahal sedang main game FIFA/PES.


4. Ia adalah hobi

Bermain video games juga sebenarnya adalah hobi bagi sesetengah lelaki. Ini adalah cara mereka meluangkan masa yang terluang, ia hobi yang sama seperti memasak, membaca buku, mengambil gambar (photography), cuma bermain video games ini adalah hobi yang lebih cool dan menarik untuk dilakukan.


5. Merasa jadi hero

Hanya dalam video games sahaja kita dapat merasa menjadi hero. Setiap video games ada objektifnya terutama game kategori aksi di mana kita akan bertindak menjadi hero. Mungkin perlu menyelamatkan dunia, ataupun bandar yang kita cintai ataupun si puteri yang telah diculik makhluk asing. Suasana fantasi yang diwujudkan dalam video games juga telah menyebabkan kita tertarik untuk menjadi hero lalu menghabiskan masa yang lama untuk menamatkan game tersebut seperti game DOTA.

Walaubagaimanpun, beringat-ingatlah juga semasa bermain game, jangan terlalu lama sehingga boleh mengabaikan aktiviti seharian kita, terutama sekali bagi kaum lelaki yang sudah bergelar suami atau ayah. Jangan sampai isteri atau anak-anak terasa dipinggirkan sebab selalu sangat bermain video games.

Sekian, majulah game untuk negara. 

No comments:

Post a Comment