Thursday 30 June 2016

Android N Dikenali Dengan Nama Android Nougat



Google sering menamakan setiap versi Android mereka dengan nama manisan dan mengikut turutan abjad. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan nama untuk Android N, iaitu akan dikenali dengan nama Android Nougat.

Nougat adalah manisan yang dibuat dengan gula atau madu, pelbagai jenis kekacang, putih telur dan kadang-kala dengan beberapa buah-buahan kering.


Android Nougat



Google sebelum ini telah membuka peluang kepada ramai pengguna dalam mencadangkan nama untuk Android N, dan mereka telah menerima pelbagai cadangan untuknya. Ramai yang mencadangkan nama Android Nutella tetapi tidak menjadi, berkemungkinan kerana namanya yang berhak cipta.

Android Nougat akan hadir tidak lama lagi ke Malaysia, dan menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, masa bertahan bateri yang lebih baik, sokongan menggunakan dua aplikasi pada satu skrin, notifikasi yang ditambah baik, dan pelbagai perkara lain lagi.

ps: Laju sungguh teknologi sekarang tetapi yang sedihnya, aku masih menggunakan android K (kit-kat) :(

2016-03-14 05.34.33 1

Sumber gambar : Pakcik Google

No comments:

Post a Comment