Wednesday 13 July 2016

Perkara Yang Lelaki Patut Buat Apabila Putus Cinta



Bercinta bagai nak rak, semua ahli keluarga si dia kau dah kenal, sekali tiba-tiba hubungan cinta terputus di tengah jalan. Dia membawa diri dan kau pula membuat haluan sendiri. Selalunya kau cuma mendengar cerita apa wanita akan buat bila mereka putus cinta kan? Yelah, sebabnya wanita ni seolah-olah kaum yang sering menjadi mangsa putus cinta, padahal lelaki pun boleh jadi mangsa juga.

Jadi, seandainya kau putus cinta dan berasa sangat sedih, apa yang kau boleh buat dalam mengharungi waktu-waktu suram ini? Jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Apa kata kau ikut tip-tip ini agar dapat kembalikan semangat kau dan seterusnya menjadi lelaki hebat semula.



1. Lepak dengan kawan-kawan


Perkara pertama yang perlu kau buat bila putus cinta, cari kawan kau semula dan lepaklah dengan mereka. Bersembang dan berbuallah dengan diorang sepuas-puasnya. Ini pasti dapat membantu kau melupakan kisah-kisah cinta bersama bekas kekasih kau. Tapi hati-hati, jika semasa bercinta kau selalu abaikan kawan-kawan, dikhuatiri semasa kau putus cinta, tak ada orang nak melepak dengan kau.


2. Buat benda yang kau suka


Andainya semasa kau bercinta ada benda yang kau suka tapi tak berkesempatan melakukannya, maka kau boleh lakukannya selepas putus cinta. Mungkin selama ini minat main go-kart, tapi bekas kekasih tak benarkan kerana berbahaya, kini dia pun tidak bersama kau lagi, jadi apa lagi, kau patut cuba main go-kart tu. Tekan pedal minyak kuat-kuat, biar kelajuan menghapuskan saat-saat indah bersama bekas kekasih kau.Hahahaha.


3. Mengembara


Tidak kisah sama ada mengembara seorang diri ataupun bersama rakan, cara ini akan membantu kau untuk lebih menghargai kehidupan. Melawat negara luar dengan suasana dan persekitaran yang berbeza pasti memberikan kesan yang positif dalam diri. Contohnya apabila melihat golongan yang hidup susah di tepi jalan menyebabkan kau terasa seperti ingin membantu dan menjadi sukarelawan untuk menolong golongan tidak berkemampuan ini.


4. Buang barang yang berkaitan si dia


Sebaik-baiknya, buang saja segala barang pemberian bekas kekasih kau. Ini dapat membantu kau untuk melupakan memori bersama si dia. Kau sedang mencari ketenangan, dikhuatiri dengan melihat barang-barang pemberiannya akan buat rasa sedih. Oleh itu, ketepikan semua benda itu daripada pandangan mata. Kau cuba membina hidup baru yang lebih menggembirakan dan membahagiakan, bukan untuk terus jadi sedih dan muram.


5. Delete nombor telefon dan mesej-mesej si dia


Alang-alang dah tak nak ingat semua memori tentang si dia, hapuskan saja nombor telefon dan mesej-mesej indah yang diterima ketika bercinta dengan bekas kekasih. Mengapa nak dibaca lagi segala mesej-mesej itu, kau sudah tidak bersama dengan dia lagi, jadi baik delete sahaja. Jadi, bila kau memegang telefon, tidak adalah terasa nak baca mesej-mesejnya lagi kerana itu akan menyebabkan kau sedih semula.

Thursday 30 June 2016

Android N Dikenali Dengan Nama Android Nougat



Google sering menamakan setiap versi Android mereka dengan nama manisan dan mengikut turutan abjad. Hari ini, mereka secara rasminya mengumumkan nama untuk Android N, iaitu akan dikenali dengan nama Android Nougat.

Nougat adalah manisan yang dibuat dengan gula atau madu, pelbagai jenis kekacang, putih telur dan kadang-kala dengan beberapa buah-buahan kering.


Android Nougat



Google sebelum ini telah membuka peluang kepada ramai pengguna dalam mencadangkan nama untuk Android N, dan mereka telah menerima pelbagai cadangan untuknya. Ramai yang mencadangkan nama Android Nutella tetapi tidak menjadi, berkemungkinan kerana namanya yang berhak cipta.

Android Nougat akan hadir tidak lama lagi ke Malaysia, dan menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk kemaskini pada antaramuka, masa bertahan bateri yang lebih baik, sokongan menggunakan dua aplikasi pada satu skrin, notifikasi yang ditambah baik, dan pelbagai perkara lain lagi.

ps: Laju sungguh teknologi sekarang tetapi yang sedihnya, aku masih menggunakan android K (kit-kat) :(

2016-03-14 05.34.33 1

Sumber gambar : Pakcik Google

Lelaki dan Video Games


Entah mengapa, lelaki dan video games seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Rasanya, seperti tidak sah jika seorang lelaki itu tidak bermain video games. Terdapat bermacam-macam jenis video games yang suka dimainkan oleh lelaki. Antara yang popular adalah seperti FIFA/PES, Counter Strike, DOTA dan lain-lain lagi.

Agak-agaknya, mengapa kaum lelaki ini suka sangat bermain video games? Apakah yang telah menyebabkan mereka begitu seronok bermain video games ini berjam-jam lamanya? Disini aku kongsikan 5 sebab mengapa lelaki suka bermain video games.


1. Menghilangkan tekanan

Antara sebab yang popular mengapa lelaki bermain video games, ialah untuk menghilangkan tekanan atau release tension. Setelah seharian penat belajar kepada student atau kerja kepada yang bekerja, dengan pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan, maka tekanan belajar atau kerja dapat dilepaskan apabila bermain video games. Hiburan-hiburan yang wujud dalam setiap video games dapat mengembalikan keceriaan dan keseronokan kepada kaum lelaki yang akhirnya membantu menghilangkan tekanan.


2. Meningkatkan keyakinan diri

Video games turut membantu meningkatkan keyakinan diri seseorang. Terutama sekali games yang berunsurkan strategi ataupun penyelesaian masalah. Apabila sesuatu masalah di dalam games dapat diselesaikan menggunakan kretiviti pemain, di situ ia mampu menambah keyakinan dalam diri pemain. Selain itu, keyakinan juga boleh bertambah apabila bermain video games secara multiplayer di mana kita mampu mengalahkan pemain-pemain video games yang lain.


3. Mengeratkan silaturrahim

Yup, memang benar. Bermain video games dapat mengeratkan silaturrahim terutama sesama lelaki. Antara game yang sesuai untuk menjalin hubungan yang lebih rapat ialah game yang dapat dimainkan secara berdua seperti FIFA/PES. Game seperti FIFA /PES dapat dimainkan lebih daripada dua orang apabila bermain mod pertandingan. Di sini kita akan dapat lihat kaum lelaki berkumpul dan bersosial seperti sedang mengadakan menyuarat tingkap padahal sedang main game FIFA/PES.


4. Ia adalah hobi

Bermain video games juga sebenarnya adalah hobi bagi sesetengah lelaki. Ini adalah cara mereka meluangkan masa yang terluang, ia hobi yang sama seperti memasak, membaca buku, mengambil gambar (photography), cuma bermain video games ini adalah hobi yang lebih cool dan menarik untuk dilakukan.


5. Merasa jadi hero

Hanya dalam video games sahaja kita dapat merasa menjadi hero. Setiap video games ada objektifnya terutama game kategori aksi di mana kita akan bertindak menjadi hero. Mungkin perlu menyelamatkan dunia, ataupun bandar yang kita cintai ataupun si puteri yang telah diculik makhluk asing. Suasana fantasi yang diwujudkan dalam video games juga telah menyebabkan kita tertarik untuk menjadi hero lalu menghabiskan masa yang lama untuk menamatkan game tersebut seperti game DOTA.

Walaubagaimanpun, beringat-ingatlah juga semasa bermain game, jangan terlalu lama sehingga boleh mengabaikan aktiviti seharian kita, terutama sekali bagi kaum lelaki yang sudah bergelar suami atau ayah. Jangan sampai isteri atau anak-anak terasa dipinggirkan sebab selalu sangat bermain video games.

Sekian, majulah game untuk negara. 

Wednesday 29 June 2016

My Activity

Google telah memperkenalkan laman My Activity sejak sebelum ini lagi bagi membolehkan pengguna mengetahui apakah aktiviti yang dilakukan oleh pengguna pada sesuatu hari melalui pelbagai produk Google. Hari ini, Google mengemaskini laman berkenaan, dan memberikan ia nafas baru dalam memudahkan lagi pengguna melihat informasi berkaitan.





Google My Activity memaparkan pelbagai data yang dikumpulkan oleh Google berkaitan korang – termasuk seperti apakah laman-laman yang dilayari menggunakan Google Chrome, ketika menggunakan peranti Android, YouTube dan sebagainya. Pengumpulan data juga turut diintegrasikan bersama-sama sokongan pengiklanan Google yang digunakan meluas di pelbagai web seluruh dunia.

Seperti biasa, pengguna boleh mengawal data yang dipaparkan dan pada masa yang sama memilih untuk mematikan sokongan pengumpulan data untuk sesuatu perkhidmatan.



Google My Activity


Bagi yang berminat, boleh log masuk ke laman Google My Activity hari ini dan melihat sendiri apakah data-data yang telah dikumpulkan berkaitan korang pada hari ini.Tiada lagi privacy. Pakcik google tau apa aktiviti korang di internet..hehehe

Sunday 26 June 2016

4 Posisi Tidur Mengikut Islam Dan Sains


1. Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "
Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.



2. Tidur menelentang
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangya rahang bawah.Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.



3. Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.



4. Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

BUDAYA YANG PATUT DI PADAMKAN



Beratnya jadi lelaki. Disebalik mereka lihat setannya perangai lelaki-lelaki, di sebalik mereka lihat mudahnya jadi lelaki boleh kahwin empat, mudahnya lelaki boleh buat apa sahaja yang mereka nak buat, orang perempuan terlupa untuk pandang sesuatu yang hari ini telah membunuh lelaki dalam senyap.

Untuk pengetahuan semua perempuan, jadi lelaki ini nampak mudah kerana bebanan mereka semua mereka simpan kemas dalam hati dan digantikan pula dengan senyuman yang acah tiada masalah. Lelaki di Malaysia telah dikerah gila-gila seawal perkenalan dengan perempuan. Entah budaya orang gila mana yang buat yang mana lelaki perlu jadi "bank" bagi perempuan sebelum kahwin. Kononnya lelaki perlu gentleman. Gentleman kepala zionis kau!

Lelaki di pau teruk seawal perkenalan pertama. Mula bercinta, setiap makan luar, setiap berjalan bagai lelaki di galakkan sponsor perempuan. Full sponsor. Gentleman lah konon. Padahal belum konfem pun jadi hak milik. Kau bayangkan, lelaki nak keluar untuk berkenalan pun kadang terpaksa kerja 2,3 hari untuk buat duit belanja semata nak keluar dengan kau. Dan kau pula perempuan, cuma dengan sengih sahaja dh cukup untuk keluar pada sesi perkenalan. Tak payah bawak purse okey! Standby je kot laki gak bayar, kau terus minta putus cakap yang lelaki tu lelaki tak guna.

Bila dah mula serius berkenalan, masuk ke part bertunang. Lelaki mula berkira-kira duit gaji, tengok ibu ayah pula bukan orang senang. Maka bermulalah edisi kumpul duit dan kerja keras lelaki. Nak lepaskan trend tunang style meriah punya pasal. Anggaran RM2,000 sekrang ni. Konon gentleman dan romantik! Kerja lah siang malam si lelaki untuk ikat si perempuan. Perempuan waktu itu hanya pegang pada janji lelaki yang ingin ikat dia jadi tunang. Tinggal nak pilih baju cantik ala princes, dan lelaki hulur duit bayarkan guna duit berhempas pulas kerja. Selamba kerja bagai nak rak nak kejar duit modal untuk tunang. Lepas tu hangus sekejap je income yg sebulan dua kau kumpul tu.

Di bisikkan pula, hantaran RM10,000. Ternganga kejap lelaki. Ahh, demi kau perempuan, demi cinta. Terus lah lelaki mengelabah cari kerja yang kedua. Sehari buat dua tiga kerja semata untuk halalkan kau. Berpeluh-peluh lelaki. Kadang sampai jatuh sakit nak halalkan kau punya pasal. Hingga ada yang smpai terpaksa ikat perut, terpaksa potong duit belanja bulanan mak ayah. Akhirnya dapat kumpul. Selepas berkotor tangan, bersepah peluh. Kau pula perempuan waktu itu sedang sibuk mencari apa-apa yang cantik, sedang bahagia terbayang nak jadi princes. Nak jadi cantik gila waktu kahwin. Dasyat pengorbanan lelaki nak bahagiakan kau.

Tapi siapa sahaja perempuan lihat pengorbanan lelaki tu?

Bab hantaran ni yang sbnrnya banyak matikan ramai lelaki. Lelaki bagai nak gila ada yang sanggup buat loan berpuluh ribu, yang sanggup tidur sehari cuma 2-3jam semata untuk kerja nak cukupkan duit halalkan kau. Kau bayangkan sahaja, lelaki perlu modal yang sangat tinggi sehingga sanggup gadai kesihatan, gadai keringat untuk "beli" tanggungjawab yang paling berat dalam dunia ni daripada ayah dan ibu kau. Tanggungjawab yang sangat berpotensi untuk di humban ke api neraka. Semua untuk kau tau perempuan. Dia ambil tanggungjawab utk tanggung semua dosa kau daripada bapak kau. Dari bapak kau tau bukan kepala bapak kau. Sori, saja aku nak bikin panas.

Sebaiknya hantaran ni,belah perempuan sepatutnya ambil tanggungjawab untuk ringankan beban si lelaki yang bakal pikul tanggungjawab besar nak mampus tu. Woi, kau ingat senang ke nak kumpul 10k? Ada pula sampai 20k! Lelaki juga ada tanggungjawab pada emak ayah, pada keluarga. Entah bila nak dapat kumpul duit sebanyak tu semata untuk kau. Kau senang lah cakap bila lelaki tak cukup duit je kau kata lelaki tak serius.Apakah kau pernah hargai keringat lelaki ini? Yang kau tahu, bercerita tentang romantiknya lelaki lain yang buat surprise pada pasangan dorang. Sibuk cerita bahagia orang lain. Kau try kumpul duit tengok. Set 3bulan ke 4bulan ke kumpul duit hantaran tu. Dalam masa yang sama, kau wajib bagi duit belanja dekat mak bapak kau setiap bulan, wajib ajak pasangan kau tu keluar setiap minggu. Kau bawa kereta isi minyak semua sendiri, makan semua kau bayar. Cuba kau tengok dapat kumpul ke tak.

Senangnya kerja kau.

Dan bila dah halalkan kau, kau dah jadi isteri. Bermakna semua tanggungan, segala hutang pemiutang kau dah jatuh atas tanggungjawab suami. Tak kisah lah apa jenis hutang pun termasuk hutang Ptptn. Semuanya lelaki perlu bertanggungjawab untuk sara segalanya. Bertambah lagi komitmen laki. Kau boleh bayangkan waktu itu apa yang ada dalam fikiran lelaki? Lelaki cuma belanja senyuman, untuk kau lihat dia tenang. Kuat. Keluar lagi lelaki bersepah peluh memikirkan kau, urat-urat tangan berselirat timbul membuat kerja berat, tidak cukup tidur, memikirkan keluarga kandungnya, memikirkan ibu ayah kau. Apa sahaja sanggup mereka buat demi bahagiakan semua yang tersayang. Tak habis dia berkira-kira incomenya untuk kau semua tidak terbeban. Untuk kau tidak sesekali terpaksa susah. Lelaki waktu itu cuma mampu senyum sambil bisik dalam hati...

"Asalkan semua yang tersayang ini bahagia dan tidak merasa peritnya kehidupan, strugglenya kehidupan..merasa semua serba cukup..biar lah aku yang susah yang penting korang semua bahagia itu pun dah cukup buat hilang segala letih."

Di saat strugglenya bekerja, hati mereka tidak pernah hilang dari ingatkan kau dan anak-anak. Kau pula mudah bercerita lagi keinginan kau untuk dapat itu seperti pasangan lain, mengeluh tentang kereta yang panas, mengeluh tentang rumah yang kecil, mengeluh mahukan surprise, mengeluh mahukan 24jam masa bersama, mengeluh tentang inginnya bercuti seperti pasangan lain. Apakah kau tak tahu, itu semua perbuatan yang sangat penting diri? Kau tidak pernah cuba ambil tahu keinginan lelaki, tidak cuba tahu hargai strugglenya suami. Kau mudah jawab kononnya kau sanggup susah asalkan si lelaki sentiasa ada bersama, tapi berapa banyak akhirnya rumah tangga ranap dek konon kau sanggup susah tu? Berhenti jadi penipu. Yang kau mudah lafaz, lelaki ini kedekut, tidak faham kau dan suka pentingkan perkara lain berbanding kau.

Kasihan lelaki. Maka termenung lah lelaki sambil merungut dalam hati..

"Entah bangsat mana yang awal buat semua ini sebagai cara untuk dilihat gentleman.. kalau aku dapat tahu, memang keturunan dia aku sumpah jadi pakar matematik.. biar dia tahu sikit kira-kira yang tak menyusahkan bangsa.."

Hargai lah lelaki. Kerana kalian tidak pernah akan nampak betapa strugglenya lelaki nak bahagiakan semua yang tersayang. Kadang hingga terpaksa tebal muka pinjam duit kawan, kawan pula dengan sinis kata..

"Time kitorg melepak kau tak pernah ada pun, asik dengan pasangan je 24jam.."

Semua untuk lepaskan kau dan anak-anak. Mereka pilih untuk membahagiakan daripada di bahagiakan. Kau dahulu perlu belajar bersyukur dari apa yang lelaki struggle untuk kau seawal perkenalan pertama. Bukan berterusan muncung bibir macam minta di uppercut bila merajuk.

Kau apa tahu? Merengek minta difahami 24jam. Kau sendiri tidak pernah langsung memahami. Menepek muka di FB tahu lah kau. Yang ini memang aku saja bakar line. Ini realiti. Kau perempuan kena selalu belajar bersyukur. Dan kena yakin,Cerekarama TV3 pasal lelaki romantik kaya raya anak dato keparat tu semua kisah di planet lain. Bukan di bumi kita.

Dan pesanan keras untuk lelaki,bila kau dapat pasangan yang sanggup sama-sama susah dengan kau, sanggup sama-sama susah untuk ke jalan halal, kongsi duit, bantu kau naik.. hargai lah. Jangan mudah sangat lupa sampai terlalu cepat plan untuk kahwin dua. Lagi-lagi bila kau mula berjaya dan selera dah mula meraba-raba. Itu gampang namanya.

Bahagiakan lah. Bina cinta sampai akhir nyawa.

Apapun, hargai pasangan korang yang tidak terlihat pengorbanannya pada korang. Cinta mereka melebihi segalanya selepas Allah dan Rasul.

Siapa meroyan bila baca ni, memang aku penumbuk tulang rusuk kiri dia sampai jodoh dia cedera parah. Nak kahwin, sama-sama lah bantu. Bukan belum jadi hak milik lagi kau dah melenggang kangkung macam Princes Fiona. Princes fiona pun yang lenggang kangkung pun dapat bersuamikan Shrek je tau. Ini kau dapat lelaki yang gila struggle, apa lagi? Hargai lah. Jangan penting diri fikir korang punya hati je. Korang punya keinginan je.

Saling Melengkapi! Bertolak ansur