Wednesday 13 July 2016

Perkara Yang Lelaki Patut Buat Apabila Putus Cinta



Bercinta bagai nak rak, semua ahli keluarga si dia kau dah kenal, sekali tiba-tiba hubungan cinta terputus di tengah jalan. Dia membawa diri dan kau pula membuat haluan sendiri. Selalunya kau cuma mendengar cerita apa wanita akan buat bila mereka putus cinta kan? Yelah, sebabnya wanita ni seolah-olah kaum yang sering menjadi mangsa putus cinta, padahal lelaki pun boleh jadi mangsa juga.

Jadi, seandainya kau putus cinta dan berasa sangat sedih, apa yang kau boleh buat dalam mengharungi waktu-waktu suram ini? Jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Apa kata kau ikut tip-tip ini agar dapat kembalikan semangat kau dan seterusnya menjadi lelaki hebat semula.



1. Lepak dengan kawan-kawan


Perkara pertama yang perlu kau buat bila putus cinta, cari kawan kau semula dan lepaklah dengan mereka. Bersembang dan berbuallah dengan diorang sepuas-puasnya. Ini pasti dapat membantu kau melupakan kisah-kisah cinta bersama bekas kekasih kau. Tapi hati-hati, jika semasa bercinta kau selalu abaikan kawan-kawan, dikhuatiri semasa kau putus cinta, tak ada orang nak melepak dengan kau.


2. Buat benda yang kau suka


Andainya semasa kau bercinta ada benda yang kau suka tapi tak berkesempatan melakukannya, maka kau boleh lakukannya selepas putus cinta. Mungkin selama ini minat main go-kart, tapi bekas kekasih tak benarkan kerana berbahaya, kini dia pun tidak bersama kau lagi, jadi apa lagi, kau patut cuba main go-kart tu. Tekan pedal minyak kuat-kuat, biar kelajuan menghapuskan saat-saat indah bersama bekas kekasih kau.Hahahaha.


3. Mengembara


Tidak kisah sama ada mengembara seorang diri ataupun bersama rakan, cara ini akan membantu kau untuk lebih menghargai kehidupan. Melawat negara luar dengan suasana dan persekitaran yang berbeza pasti memberikan kesan yang positif dalam diri. Contohnya apabila melihat golongan yang hidup susah di tepi jalan menyebabkan kau terasa seperti ingin membantu dan menjadi sukarelawan untuk menolong golongan tidak berkemampuan ini.


4. Buang barang yang berkaitan si dia


Sebaik-baiknya, buang saja segala barang pemberian bekas kekasih kau. Ini dapat membantu kau untuk melupakan memori bersama si dia. Kau sedang mencari ketenangan, dikhuatiri dengan melihat barang-barang pemberiannya akan buat rasa sedih. Oleh itu, ketepikan semua benda itu daripada pandangan mata. Kau cuba membina hidup baru yang lebih menggembirakan dan membahagiakan, bukan untuk terus jadi sedih dan muram.


5. Delete nombor telefon dan mesej-mesej si dia


Alang-alang dah tak nak ingat semua memori tentang si dia, hapuskan saja nombor telefon dan mesej-mesej indah yang diterima ketika bercinta dengan bekas kekasih. Mengapa nak dibaca lagi segala mesej-mesej itu, kau sudah tidak bersama dengan dia lagi, jadi baik delete sahaja. Jadi, bila kau memegang telefon, tidak adalah terasa nak baca mesej-mesejnya lagi kerana itu akan menyebabkan kau sedih semula.